LAWATAN KE TAMAN HAIWAN

Disini saya ingin berkongi dengan anda beberapa keping gambar yang telah saya petik di Taman Haiwan Singapura semasa cuti sekolah penggal pertama yang lalu. Bersama kami adalah sepupu anak-anak saya Fazlina dan Farid Saad. Gambar ini adalah daripada gulong pertama kamera Yashica AutoFocus saya. Yang di kanan ni adalah dihalaman Rusa. Acad gemar betul melihat rusa-rusa ini meragut rumput.

Farid sini bergambar dengan Badak Sumbu, haiwan kegemarannya. Apa macam padan tak? Kedua-dua nya nampak garang, gagah dan mengacamkan. Jangan main-main tau nanti kena kena sondol baru tau.Gambar sebelah kanan ni adalah gambar Kikin dengan Girafah. Kalau nak leher jinjang selalu-selalu tengok giraffah nanti terkenan baru dapat leher jinjang.

Di Taman haiwan ini mamcam-macam boleh buat. Kanak-kanak kalau dapat taman permainan macam Acad ni menjadi-jadilah semangat ingin mencubanya, Budak-budak bermain emak budak pun tompang bergembira bersama meraka. Tapi disini mummy Acad pegang tangannya takut anak nya jatuh.

Hah yang ini untok album keluarga gambar anak dengan abah. Inilah satu-satunya masa yang kita akan kekalkan dalam ingatan. Masa-masa inilah peluang tumpahkan kaseh-sayang. Bila dah tua ganyut nanti segan pulak.

Gambar beramai-ramai ni diambil dihadapan halaman Ungke. Kalau pandang betul-betul boleh nampak seekor ungke hirup air dari parit. Sayang tak dapat kelima-lima ekor ungke di dalam gambar.

Untuk peminat-peminat Jurassic Park saya mengendalikan anda ke taman fantasi saya Taman Dino.


| SAYA | KELUARGA | DATUK/CUCU |